Khamis, 16 Ogos 2012

Raya! Raya

Dicatat oleh Unknown di Khamis, Ogos 16, 2012
Lagi 3 hari umat islam di seluruh dunia akan menyambut Aidilfitri. Selalunya pada waktu2 begini, hati dah melonjak gembira sebab nak balik ke kampung. Entah kenapa perjalanan balik kampung pada musim perayaan seperti ini lebih menyeronokkan dari perjalanan biasa. Seketika tadi, ketika melalui lebuhraya, saya sendiri merasa teruja melihatkan kenderaan yang sudah mulai sibuk menghala ke utara. Tumpang rasa seronok bagi pihak orang lain. Ditambah pula dengan kesyahduan lagu2 raya yang sedang berkumandang di radio. Ia tambah mengujakan perasaan saya.

Pada tahun ini kami sekeluarga beraya di Ipoh sahaja. Suami saya bertugas pada hari raya nanti. Tahun lepas, saya menyambut hari raya pertama di Ipoh juga. sebab waktu tu, ibu dan ayah mertua saya baru sahaja kemalangan. seluruh keluarga sebelah suami beraya di rumah kami. Rumah kami memang agak sesak. Tapi disebabkan ada hal yang menyakitkan hati saya, saya mengambil keputusan untuk cabut pada tengahari raya pertama. Memang jahat perbuatan saya tapi bila hati dah bengkak, otak tak mampu nak berfikir dengan lurus. Memang sikap saya dari dulu, saya tak kisah orang nak kata apa. Lantak! Mulut orang tahu mencaci sahaja. Diorang tak tahu apa yang kita rasa. Tambah2 kalau orang tu sentiasa rasa diri dia betul, orang lain semua salah. Lagi la saya malas nak layan. 

Tapi kali ni, rumah saya tenang sebab kami sekeluarga sahaja. So, saya tak kisah kalau saya temankan suami saya beraya di Ipoh. Suami ada menyuarakan keizinan sekiranya saya ingin menyambut Aidilfitri di kampung, tapi saya rasa berada di sisinya lebih penting, kecuali pada tahun lepas. Itu memang tidak dapat dielakkan memandangkan perasaan bengkak itu sudah dipendam lama, cuma ia meletus pada hari raya. nak buat macam mana kan? 

Persediaan menyambut raya cuma sederhana sahaja, tiada kuih tradisional mahu pun kuih2 moden. Sebab kami tidak menjangkakan kunjungan dari sesiapa. Baju raya anak2 tetap disediakan seperti tahun2 lepas walaupun kami tidak pulang beraya. Itu tetap penting pada saya. Cuma tahun ni, saya tidak sibuk untuk membuat persiapan untuk diri sendiri. Baju raya pun cuma sepasang sahaja, cukup untuk raya pertama. Selebihnya, tidak perlu. 

Tiada ucapan khusus kepada sesiapa, umumnya saya ingin mengucapkan kepada seluruh umat Islam, Selamat Hari Raya. Semoga keberkatan akan mengiringi kita semua. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Same Old Me But A Different Day.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting