Isnin, 27 Ogos 2012

Mertua vs Menantu

Dicatat oleh Unknown di Isnin, Ogos 27, 2012
 

Tidak ada seorang pun menantu di dunia ni yang ingin bersikap kejam dengan mertuanya. By the time kita melafaz akad nikah, ibu bapa pasangan adalah seperti ibu bapa sendiri. Tapi ramai antara kita yang berada dalam dilema apabila ibu bapa pasangan tidak faham tentang boundary dan limit campur tangan dalam rumahtangga  si anak. Ramai ibu bapa yang terlupa bahawa si anak telah berkahwin dengan pasangan yang berasal dari background yang totally different daripada cara asuhan dan didikan si ibu. Selalunya si ibu lah yang lebih banyak campur tangan disebabkan perasaan keibuan yang terlampau diturut hati. Si ibu seolah tidak dapat melepaskan si anak dan masih menganggap anaknya masih kecil dan masih memerlukan asuhannya. Saya rasa yang paling menyeksakan adalah lebih kepada menantu perempuan. Dia harus patuh kepada suami yang mana si suami pula harus patuh kepada ibunya. 

Bayangkan situasi sebegini: 

Ibu mertua yang sentiasa merasakan dirinya selalu betul. Dia tidak pernah merasa yang dia pernah berbuat salah pada orang sekeliling. Pada pandangannya, orang-orang di sekelilingnya yang sentiasa cuba menyakitinya. Setiap tindakannya, perbuatannya adalah yang terbaik dan mahu mengaplikasi semua itu dalam kehidupan berumahtangga si anak.  Bagaimana perasaan menantu perempuan agaknya?  Sedangkan dia datang dari cara asuhan dan didikan yang berbeza. Dia mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Si suami pula terlampau ingin mengambil hati si ibu sehingga membenarkan segala perlakuan si ibu.

Setiap perbuatan yang tidak mengikut acuan kehendak si ibu mertua, dikira satu demi satu dan dianggap sebagai satu kesalahan. Tambah menyakitkan hati bila si ibu mertua secara halus cuba menyampaikan 'mesej'nya melalui perlian. Kisah kesalahan si menantu di jaja di kalangan anak menantu lain, kononnnya sebagai pengajaran agar yang lain tidak berbuat sedemikian.

Pada anggapan anda, apa tanggapan menantu terhadapnya? Tentunya persepsi negatif. Tidak hairan kalau si menantu berubah sikap, menjauhkan diri. Tidak ambil peduli lagi tentang si mertua. Kisah ini tidak akan habis sampai bila-bila sebab tidak ada seorang pun yang mahu bertolak-ansur. Menantu menjauhkan diri sebab dia merasakan sikap mertua itu tidak akan dapat dikikis sampai bila-bila. Hanya berharap di dalam hati yang hubungan boleh pulih dan bertambah baik.

Sebab itulah komunikasi dua hala sangat penting dalam memperbaiki hubungan. Tapi telah menjadi adat resam orang Melayu agaknya, si muda harus sentiasa patuh kepada yang tua tidak kira bagaimanapun sikapnya.

Saya terkenang zaman persekolahan saya dahulu. Setiap kali ada percanggahan/pertelingkahan antara kami rakan sekelas, tidak kira lelaki atau perempuan, kami akan dipaksa untuk duduk dalam satu kumpulan. Secara berhadapan, kami akan dipaksa untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kami, apa yang membuatkan kami geram, marah, benci, sakit hati dan segala macam perasaan negatif secara terus pada orang tersebut. Kami tidak dibenarkan keluar selagi kami tidak memaafkan sesama sendiri. Secara emosinya, saya rasa agak kejam tetapi ironi nya, setelah perdebatan emosi diluahkan, air mata entah berapa tempayan sudah dicurahkan, segala kesakitan dan perasaan terbuku di dada serta-merta hilang. Setiap tindakan kita dan reaksi pihak lawan mula dianggap rasional sebenarnya. Di penghujungnya, kami akan saling berpelukan dan meminta maaf sesama sendiri. Akhirnya, kami melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan lega dan tersenyum.

Rasa-rasa, patut tak menantu memulakan perdebatan emosi ini terlebih dahulu? Heermmm..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Same Old Me But A Different Day.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting