Selasa, 18 September 2012

Menabung

Dicatat oleh Unknown di Selasa, September 18, 2012 0 ulasan
Berapa banyak telah anda menabung demi kepentingan masa depan anak anda? Mungkin bagi mereka yang berpendapatan tinggi, isu ini adalah isu basi sahaja. Tetapi bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, saya yakin masih ramai yang belum berbuat demikian. Ramai yang masih mengambil enteng tentang kepentingan menabung. Mulalah menabung dari sekarang. "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Memang anak-anak kita tidak akan menjadi jutawan muda apabila dia menginjak dewasa tetapi sekurang-kurangnya, mereka mempunyai sedikit tabungan sekiranya Allah mengizinkan mereka untuk melanjutkan pelajaran kelak. Atau apa-apa sahaja hal kecemasan yang memerlukan wang segera di masa hadapan. 

Saya mula menyimpan untuk anak-anak dari hari pertama mereka dilahirkan. Syukur, suami saya banyak mendorong dan menasihatkan saya untuk menabung demi anak-anak. Percayalah, anda pasti rasa gembira malah bangga setiap kali melihat baki tabungan yang tertera pada buku simpanan anak masing-masing. 

Setiap sen dan ringgit yang disedekahkan kepada mereka oleh keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan akan saya simpan sedikit demi sedikit dan dimasukkan ke dalam akaun mereka. Di samping tabungan saya dan suami sendiri. Kami tidak mengambil walau satu sen pun dari duit mereka. Suami saya kerap mengatakan duit yang diberi kepada mereka adalah hak mereka. Kita adalah pemegang amanahnya sahaja, tidak berhak mengambil satu sen pun walaupun sekadar untuk membeli gula-gula kepada mereka. Apatah lagi untuk membeli keperluan asas kepada mereka seperti makanan dan pakaian. Kerana segala perbelanjaan mereka, adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Betapa tegasnya dia dalam menjalankan tanggungjawabnya. Kami bukanlah orang kaya, kami tidak dapat memberi banyak. Alhamdulillah, saya bangga sekarang melihat jumlah simpanan anak-anak telah mencecah ribuan ringgit setiap seorang walaupun baru berusia 4 dan 2 tahun.

Saya sendiri tidak mempunyai simpanan sebanyak itu ketika saya seusia mereka. Saya tidak salahkan ibubapa saya. Saya pasti duit itu telah digunakan sebaiknya untuk saya juga. Tetapi, saya berazam untuk mengubah sikap saya dalam isu ini. Saya tidak mengharapkan apa-apa. Tiba masanya, akan saya serahkan sendiri buku simpanan kepada mereka. Mungkin saya tidak dapat beri kemewahan yang melimpah-ruah pada mereka sekarang, tetapi dengan adanya simpanan tersebut diharapkan dapat membantu mereka sedikit sebanyak di masa akan datang.

Ahad, 16 September 2012

Pekung - unique or just weird?

Dicatat oleh Unknown di Ahad, September 16, 2012 0 ulasan

Dare you try to put your baby to sleep this way? It is called "Pekung". The baby were put inside the hammock in a sitting position (legs are stretched out) and another cloth is wrapped around the baby, tied under the baby's neck so that his/her head are supported by the wrapping cloth. As I was informed, it is a common practice by some minority ethnic called the "Banjar". 

I have never seen such practice before. Of all the districts and states I've been to, I have never seen anything like this being done to a baby. It was my mother in law who introduced me to this kind of practice. She did a demo on my daughter when she was nearly 2 months old. I was totally freak out and quickly asked her to unwrapped my daughter. She was crying out-loud and  seems not to be happy on what is being done to her. My mother in law tried to convinced me that it is a safe practice and guarantees no harm are being done. I was not against any custom or practice, but I am totally disagree with her on this practice.

I am not a medical practitioner but personally I think this was just a simple math. You don't have to be a genius to calculate the risk that you are putting on the baby. I was trying to explain the risk of this practice by commenting on some social network but I ended up being labeled as "over-emotional" by some people. No hard feelings taken but from that point onwards, I would never care less of what they done to their babies.

Why am I against it? Please bear in mind that this is only in my personal view and  are based on my shallow knowledge in science. Firstly,  infants muscle and ligaments are not fully developed. Even the spinal are in its original convex curve (c-shaped). It has no strength to support the baby's head and upper body weight. Basically, all the upper body weight are supported by the wrapping cloth and distributed upon his/her internal organs. If you can visualize, the wrapping cloth has become an obstructive medium to baby's airways. It might lead to SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) due to lack of oxygen taken. Try searching the internet and see how many reports are being made on SIDs abroad. In Malaysia, this type of death has never really been an issue. It is  a secluded cases which rarely happened. If it did happened, no coverage was ever made and people has low awareness of this type of death syndrome.

Secondly, the baby's upper body are flexed forward, way more than 90 degrees. It is an unnatural curved position. Putting them in that position for long periods might prevent or delay proper development of the spine. It might also cause damaged to the spinal tissues. Even the slightest angle as much as 30 degrees of sitting are not recommended for infants. It might lead to asphyxiation.
kyphosis illustration
Have you ever heard of kyphosis? It happens when  your thoracic  vertebrae are rounded forward too much making it appears like a hump. It' s rarely cause a health problem but you don't want to have a hump on your back right? I'm looking at a minor condition of it everyday. But, who's to blame.

Thirdly, it is in our biological nature that during sleeping time, our heart performed at its optimal level.  Usually, our heart rate reduces due to no active movement. Not to mention, as we lie down to sleep, no gravitational stress is put to the heart, thus making it less work to supply oxygen to all part of our body. By sleeping in a sitting position, presence of gravitational stress makes our heart work harder. It seems like the heart was not even resting.

Once again, it is up to a person's view and consideration to take on new opinion or just to shut their mind to it. But keep in mind that an infants are vulnerable and very much expose to the danger at any time, anywhere.  As a parent, we decide what is best for them.

I believed for those who have been really immersed with this kind of custom or had never been revealed to human biology would  go against my word and totally shut their mind off the revelation.  I was never accused them of being wrong, I was just trying to explain from the biological side. If only they were open-minded and tried to listen instead of back-firing at me. 

Jumaat, 7 September 2012

Pengalaman Mendebarkan

Dicatat oleh Unknown di Jumaat, September 07, 2012 0 ulasan
Saya pasti ramai antara kita pernah mengalami peristiwa mendebarkan sepanjang berada di jalan raya. Harus diingatkan pada saat genting sebegitu, hati kita perlu tenang untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. 

Pada Isnin lepas, saya sekeluarga memulakan perjalan pulang ke Ipoh daripada Kelantan melalui Lebuhraya Grik. Ini adalah pengalaman pertama kali buat kami sekeluarga. kebiasaannya kami akan menggunakan laluan Gua Musang-Cameron Highlands ke Simpang Pulai. Jarak perjalanan adalah lebih singkat dan menjimatkan masa. tetapi memandangkan kami memulakan perjalanan pada sebelah malam, suami mengambil keputusan untuk melalui Tanah Merah -Grik. Tuntutan kerja menyebabkan  kami terpaksa mengubah jadual perjalanan kami yang sepatutnya bermula keesokkan pagi. 

Sebetulnya keputusan untuk menggunakan laluan tersebut adalah yang terbaik pada malam tersebut. Lebih kurang 130 km perjalanan daripada rumah, dan kenderaan kami betul-betul berada di pertengahan belantara dalam cuaca hujan yang lebat, suasana yang gelap tanpa sebarang lampu jalan, keadaan yang sedikit mendaki, tiba-tiba lampu kenderaan kami terpadam. Bayangkan saya terpaksa hentikan kenderaan serta-merta ketika itu. Signal kecemasan segera ditekan, takut ada kenderaan yang tengah laju tidak perasan kewujudan kami di situ. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya kami sekeluarga selamat hendaknya. Alhamdulillah, tak lama kemudian ada 2 buah kereta berhenti di seberang jalan. Bukan untuk membantu kami tapi sudah cukup sebagai peneman tatkala itu, kemudian sebuah lagi kenderaan turut berhenti di hadapan kami. Lega sekejap sebab ada teman.

Saya dan suami berbincang dan mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Kami tidak boleh tunggu lama di situ, agak berbahaya juga buat kami. Sebelum kenderaan yang terakhir menemani kami tadi beredar, kami bergerak membontoti sebuah lori balak yang kebetulan melintasi kami. Untuk ikut kenderaan lain agak mustahil, sebab kenderaan agak laju dan pencahayaan kami adalah kurang. So, bertahanlah kami di belakang lori balak tersebut, sehinggalah hujan berhenti sepenuhnya.

Ketika itu, suami yang mengambil alih pemanduan. Line pembahagi jalan sudah jelas kelihatan. Kami mengambil keputusan untuk follow bas ekspress Mahligai yang kebetulan lalu melintasi kami. Lampu belakangnya agak terang dan disuluh pula dengan lampu bas ekpress di belakang memberi kami sedikit keyakinan untuk bergerak sehaluan dengan mereka. Sehinggalah kami tiba di Grik. Dari situ, sudah tiada masalah bagi kami, sebab lampu jalan sudah agak banyak. Dan sesekali kami terpaksa follow kenderaan bila tiba di kawasan yang agak gelap.

Akhirnya, kami selamat sampai pada pukul 3.30 pagi. Hanya pada Allah sahaja saya mampu zahirkan kesyukuran atas bantuan dan pertolongan yang telah Dia sampaikan pada malam tersebut. 
 

Same Old Me But A Different Day.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting