Rabu, 25 September 2013

Alhamdulillah

Dicatat oleh Unknown di Rabu, September 25, 2013 0 ulasan
Pejam celik, pejam celik sudah agak lama saya tak berblogging.Hemm..quite bz these days. Balik je rumah tau nak tido sahaja, badan dah penat sgt setelah seharian bekerja. Ni pun terjaga sekejap mr hubby nak pergi keje, so ambik kesempatan menulis diari blog saya yg dh bersawang ni. Kehidupan saya agak tenang sekarang ni berbanding setahun yg lepas. Bila saya mula2 berjinak dgn dunia perniagaan runcit dulu, agak stress, 7 mnths preggy at that time. My son is now 7 months old, very active. asik nk berkepit sahaja. Agak merimaskan kadang2, bila saya tgh sibuk melayan customer and he started to  merengek plus abang dan kakaknya yg asik bergaduh berebut itu ini. sangat menguji kesabaran. Kadang2 terbabas jugak marahkan diorg. but then sgt kesian. Anyway, kalau nak diringkaskan dari segi anak2, mereka sgt sihat dan active. Alhamdulillah despite of all those siblings quarrel.My 5 year old son, daris is sgt nakal, tp alhamdulillah Allah anugerahkan dia otak yang bijak, senang belajar.mudah bersosial. Straight A student.
My 3 year old daughter, Awin is quite provocative. Most of the time, she is the one who started all those quarrel.She likes to 'conquer' things, everything must goes according to her needs. My 7 months old son, Aydan, tgh belajar berjalan, pantang hilang skjp dari mata dia, mcm nk terkeluar anak tekak dia menjerit. buat kerja pun kene dukung dia, sangat penat. sampai kebas tangan dibuatnya.

Financially, Alhamdulillah. Semua rezeki datangnya dari Allah.Kalau nk diikutkan pendapatan bulanan semakin bertambah. KAmi sudah  mampu untuk membuat sedikit simpanan sekarang, kalau dulu duit jualan akan dibuat modal pusingan untuk keesokan harinya tapi sekarang kami sudah mampu untuk berbelanja untuk diri sendiri dan menyimpan sekali. However, sejak ketiadaan pembantu, saya dan suami mengambil alih semua tugas menyebabkan kami tersangat sibuk. Orang tengok memang rileks, duduk depan kaunter terima duit tapi sebenarnya byk kerja. Susun barang, bungkus barang, check stock, kemas sisa2 tak terpakai, mn yg dh expired, mn yg nk kene isi balik. Nasib suami banyak menolong, balik je keje terus keje kedai. Kalau nak ikutkan dia langsung takde rehat. Kalau dulu, suka sangat tido petang, sekarang takde masa nak rehat langsung. Tapi, demi  mencari rezeki yang halal, dan demi mencari sebuah kehidupan yg lebih baik, maka terpaksa berkorban. Sementara Allah kurniakan tenaga yang masih kuat, maka kita usaha lah sebaiknya. Rezeki Allah takkan datang bergolek kalau tidak kuat berusaha. Itu yg saya pelajari. Keluar pagi, balik malam. Namun, untuk bahagian akhirat pun jangan lah kita lupa dan abaikan. Itulah kunci sebenarnya.

Kalau kita rajin, Allah akan tolong permudahkan jalan kita.Dulu saya tak punya apa2. Tidak ada satu pun harta di atas nama saya. Duit, xpayah tanya. Saya pernah makan megi sebungkus dibahagi dua. Setengah makan hari ni, setengah lagi esoknya. yg lebih air paip buat isi perut. Waktu saya ke selatan buat pertama kali, mula2 mahu bertapak mencari rezeki, dalam poket saya hanya ada RM 50. Adik saya telefon mintak duit, xde duit nk makan, waktu tu dia masih lg belajar, saya hantarkan RM 30 untuk dia. Tinggallah beberapa ringgit sahaja untuk saya. Saya hanya berharap belas ehsan kawan2 yg baru saya kenal waktu itu, menumpang tidur dan makan. Hampir setahun saya di sana mencuba nasib tapi mungkin bukan rezeki di situ. Saya berkahwin dengan suami setahun kemudian. Kami juga tidak punya apa2 waktu mula2 berkahwin. Hanya ada 1 tilam nipis yg mana saya masih simpan sampai sekarang, 1 tv dan 1 kipas angin kecik. 1 Peti sejuk hadiah perkahwinan dari ibu mertua saya, itu sahaja. Saya cuci pakaian menggunakan tangan sehinggalah saya mengandung 3 bulan. Itu semua adalah dalam lipatan perjalanan hidup saya. Tawakkal lah pada Allah dan rajin2lah usaha. Insyaallah, janji Allah itu pasti.

Kadang2, sayu hati melihat segelintir hamba Allah yg pagi2 lagi sudah menggeledah kawasan buangan sampah mencari bahan2 buangan yg boleh dijual semula, Ada yg sudah kemas berpakaian hendak ke tempat kerja agaknya, ada yg bawak anak sekali, tanpa rasa segan, demi mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Saya tabik hormat pada mereka. Sepanjang perjalanan, manusia berlumba2 keluar ke tempat kerja, ada yang berbasikal, ada yang berhimpit2 satu keluarga atas sebuah motor kecik. Hati kecil saya memohon pada Allah agar mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup mereka. Teringat waktu saya susah dahulu. Saya pernah berbasikal. Walaupun tidak sampai mengutip sampah, tapi saya pernah melalui zaman kesusahan saya sendiri. HAnya Allah yang tahu kesusahan saya waktu itu. Financially broke, Kerja macam lembu. Itu semua pengalaman paling berharga dalam hidup saya. Tidak ada benda free dalam dunia ni sekarang. Saya tak mahu anak2 saya melalui apa yang telah saya lalui, saya tidak tahu apa yang saya usahakan sekarang akan kekal sampai bila tapi saya berharap sedikit sebanyak, ia dapat membantu anak2 saya kelak.


 

Same Old Me But A Different Day.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting