Jumaat, 7 September 2012

Pengalaman Mendebarkan

Dicatat oleh Unknown di Jumaat, September 07, 2012
Saya pasti ramai antara kita pernah mengalami peristiwa mendebarkan sepanjang berada di jalan raya. Harus diingatkan pada saat genting sebegitu, hati kita perlu tenang untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. 

Pada Isnin lepas, saya sekeluarga memulakan perjalan pulang ke Ipoh daripada Kelantan melalui Lebuhraya Grik. Ini adalah pengalaman pertama kali buat kami sekeluarga. kebiasaannya kami akan menggunakan laluan Gua Musang-Cameron Highlands ke Simpang Pulai. Jarak perjalanan adalah lebih singkat dan menjimatkan masa. tetapi memandangkan kami memulakan perjalanan pada sebelah malam, suami mengambil keputusan untuk melalui Tanah Merah -Grik. Tuntutan kerja menyebabkan  kami terpaksa mengubah jadual perjalanan kami yang sepatutnya bermula keesokkan pagi. 

Sebetulnya keputusan untuk menggunakan laluan tersebut adalah yang terbaik pada malam tersebut. Lebih kurang 130 km perjalanan daripada rumah, dan kenderaan kami betul-betul berada di pertengahan belantara dalam cuaca hujan yang lebat, suasana yang gelap tanpa sebarang lampu jalan, keadaan yang sedikit mendaki, tiba-tiba lampu kenderaan kami terpadam. Bayangkan saya terpaksa hentikan kenderaan serta-merta ketika itu. Signal kecemasan segera ditekan, takut ada kenderaan yang tengah laju tidak perasan kewujudan kami di situ. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya kami sekeluarga selamat hendaknya. Alhamdulillah, tak lama kemudian ada 2 buah kereta berhenti di seberang jalan. Bukan untuk membantu kami tapi sudah cukup sebagai peneman tatkala itu, kemudian sebuah lagi kenderaan turut berhenti di hadapan kami. Lega sekejap sebab ada teman.

Saya dan suami berbincang dan mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Kami tidak boleh tunggu lama di situ, agak berbahaya juga buat kami. Sebelum kenderaan yang terakhir menemani kami tadi beredar, kami bergerak membontoti sebuah lori balak yang kebetulan melintasi kami. Untuk ikut kenderaan lain agak mustahil, sebab kenderaan agak laju dan pencahayaan kami adalah kurang. So, bertahanlah kami di belakang lori balak tersebut, sehinggalah hujan berhenti sepenuhnya.

Ketika itu, suami yang mengambil alih pemanduan. Line pembahagi jalan sudah jelas kelihatan. Kami mengambil keputusan untuk follow bas ekspress Mahligai yang kebetulan lalu melintasi kami. Lampu belakangnya agak terang dan disuluh pula dengan lampu bas ekpress di belakang memberi kami sedikit keyakinan untuk bergerak sehaluan dengan mereka. Sehinggalah kami tiba di Grik. Dari situ, sudah tiada masalah bagi kami, sebab lampu jalan sudah agak banyak. Dan sesekali kami terpaksa follow kenderaan bila tiba di kawasan yang agak gelap.

Akhirnya, kami selamat sampai pada pukul 3.30 pagi. Hanya pada Allah sahaja saya mampu zahirkan kesyukuran atas bantuan dan pertolongan yang telah Dia sampaikan pada malam tersebut. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Same Old Me But A Different Day.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting